Monday, December 14, 2009

Untuk Kamu

(Ya, entri ini memang untuk kamu)

Saat kamu pamitan
Aku cuba bertahan
Meski luluh jua sudahnya

Sepertinya tidak apa-apa
Tapi dik
Ia besar sebenarnya
Kerana dalam jangka yang pendek ini
Kita telah berkongsi
Dan
Kamu itu sebahagian perjalanan hidupku

Kepergian kamu ini
Bawa pergi sekali
Jenaka nakal peribadi kita
Tangis-tangis tekanan
Muram-muram hiba jiwa
Malah sebahagian rahsia

Selamat pulang ke sana
Kamu pergi demi mereka
Yang membahagiakan kamu
Di sini
Aku akan terus menghidupkan dirimu
Dalam diriku

Labels:

Thursday, December 10, 2009

Sudahlah, sudah....

Barangkali sudah sampai waktu saya berlalu. Berlalu untuk lupakan beberapa perkara yang kadangkala mengganggu gugat suasana. Berlalu untuk abaikan dan tak perlu ambil tahu lagi. Berlalu untuk pergi.

Hidup ini pendek. Untuk apalah menyesak jiwa untuk ini? Sedang banyak lagi impian yang belum dapat saya gapai.

Sekadar untuk menghibur diri, saya ingin merekodkan catatan seorang teman yang pada anggapan saya mempunyai tanggapan agak tinggi pada saya. Memang catatannya agak keterlaluan, tapi sekurangnya saya terhibur.

“Mas as we call her, possesses the unique ability to grasp any difficult academic proposition with good capabilities and has the analytical ability to understand the academic proposition proposed. She has the ability to understand and proceed in solving problems without much difficulty. Her problem solving ability is highly appreciated by all members of the organisation. Her capacity to work systematically is excellent. She is an asset to any organisation of higher learning and without hesitation she is recommended strongly to pursue her Doctorate Degree”

Hmmm….. saya tahu saya bukanlah sebagus seperti yang digambarkan. Tapi bukan mudah untuk mendapat catatan sedemikian, walaupun saya sedar sebahagian catatan ini berbau agak berat sebelah, kerana beliau secara peribadi memang sukakan saya. Namun, ia tetap membuat saya tersenyum seketika. ;-)

Saya perlukan satu lagi catatan positif untuk menyokong langkah saya demi mencapai bintang-bintang yang sering saya angankan.

Jadi, sudah masanya barangkali?

Labels:

Wednesday, December 09, 2009

Ja


Hari ini Ja pergi.

Memang saya akan bertemunya lagi (insyaAllah) kerana tempat barunya masih lagi di daerah ini. Kami masih lagi boleh keluar bersama. Tapi, suasana di sini akan tetap berbeza, tanpa kamu Ja. :~(

Sehingga ke saat akhir tadi, saya tidak apa-apa. Namun, saat kami bersalaman, hati saya bagai luluh pula. Beliau terus keluar dari bilik ini tanpa menoleh lagi. Dan mata saya terus saja basah dengan segala sebak yang keluar dari hati.

Ja, saya akan merindui kehadiran kamu di tempat ini. Saya akan merindui pelat Terengganu kamu yang kadangkala kami jenakakan. Saya akan merindui segala aduan-aduan kamu tentang mereka yang terlibat di dalam hidup kamu dan saya. Saya akan merindui juga segala masa-masa yang kita lalui sepanjang di sini.

Ja, tempat ini berbeza, tanpa kamu.

Labels:

Tuesday, December 08, 2009

Dua Ayat Ini

Kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

Ada sesuatu yang agak terpendam yang tak mampu aku luahkan kesemuanya, walaupun di sini. Lirik di atas sekadar satu hiasan (sementelah itu lagu yang meralitkan tiap kali aku mendengarnya) kerana aku hanya mampu menggubah dua ayat ini, kali ini.

Nota:
1. kidung - song, melody
2. kidung - kidung is a form of Old Javanese poetry

Labels:

DSC04709umahaku3
mydia2hope 023

abgm1 18042008


th_umahkakcik
hope 027 hope 044 hope 046 DSC04766 pink DSC04640